Tuesday, December 1, 2009

Doa tulus ikhlas......

Sms yang kuterima malam Hari Raya Aidiladha mengundang sebak di dada..... rakan yang pernah tinggal serumah, memasak, dan makan bersama telah kembali ke pangkuan Ilahi...... Namun, syukurku Ya Allah, kerana Kau telah memberi ruang dan peluang padaku untuk mengenali insan bernama SITI ROHANI BINTI SULAIMAN....

Berita itu menjadikan Hari Raya yang disambut menjadi sedikit hambar........ Terpaku segala kenangan bersamanya diminda ini.... Hati menjadi semakin terusik apabila terkenang bahawa aku pernah berkunjung ke rumahnya di kota baru atas urusan kerja...... dan yang paling indah aku belajar masak nasi kerabu dan solok lada daripadanya.... (walaupun aku x pernah makan sebelum tu). Pertama kali menjamah nasi biru, macam-macam perasaan yang wujud, sedap ke tak?, bleh ke aku makan ni?.... Tetapi bila dah makan, bessssstnye.... nyesal x cuba dari kecik.... dan.... ketika mengandung anak sulung, dia dan Odah la yang selalu menemaniku..... Jasa dan kebaikanmu terlalu banyak untuk kuterjemahkan di sini.....

Doa tulus ikhlasku..... Moga suamimu akan sedar semula dan anak-anak masih dapat merasai kasih seorang bapa...... Ya Allah, cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman yang menghuni syurgaMu....... Amin..... Al-Fatihah........

Sabo je la....

Kadangkala apabila memikirkan soal permohonan pertukaran tidak diluluskan, hati sedikit meruntun kecewa.... Respon mereka yang mengetahui 'sabo je la'..... Namun redha perlu ada walaupun perlu dibayar dengan harga kesabaran yang sangat mahal..... mana tidaknya, bila berjauhan dengan suami, banyak perkara yang perlu ditangani sendirian... keletah dan karenah anak, tuntutan kerja yang kadangkala dirasakan tak pernah surut, tuntutan perhatian keluarga sendiri dan sebelah suami, dan yang paling dirindui, senyuman tersayang setiap kali pulang ke rumah.....

Namun, apabila fikiran mula stabil, pelbagai hikmah muncul di minda.... Allah akan menguji kita mengikut kemampuan setiap hambanya..... Bukan aku tak pernah berjauhan dengan suami, malah diawal perkahwinan juga kami dianggap pasangan jarak jauh..... selalu kupujuk hati ini bahawa ramai lagi pasangan yang terpisah lebih jauh daripada apa yang aku alami....

Hikmahnya, apabila memikirkan pendidikan anak-anak yang lebih teratur di sini, aku mula faham apa yang Allah aturkan.... moga-moga anak-anakku akan menjadi khalifah Islam yang beriman dan beramal dibumi Allah..... Di sudut hati kecil ini juga sebenarnya amat berat untuk meninggalkan sekolah yang mula aku sayangi.... sekolah yang amat istimewa.... dan paling penting aku gembira berkhidmat di sini..... punya pemimpin dan rakan sekerja yang sentiasa membimbing dan memberi dorongan, dan di sini aku punya anak didik yang berpotensi besar.....

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui....... Buat suami tercinta, terima kasih di atas segala pengorbanan yang tak mampu terbayar olehku.....buat anak-anak kecilku, terima kasih kerana menjadi anak-anak yang baik..... buat seluruh keluargaku dan rakan-rakan..... terima kasih atas sejuta pengertian yang tak ternilai.......