Monday, April 4, 2011

Aku bertepuk sebelah tangan rupanya.......

Muka merah membara.... aku menahan sabar hari ini dengan sikap anak didikku yang rasanya tidak tahu diuntung.... tak kira sama ada kelas kedua akhir mahupun kelas paling depan.... Sebahagian besar daripada mereka mengutarakan sikap yang sama 'ambil mudah'..... Tugasan yang diberi tak mampu diselesaikan dengan sempurna..... Bukan sesingkat masa diberi, dan aku juga bukan guru yang tidak bertimbang rasa.... berbulan tugasan kuserahkan....
Tugasan yang diberi juga bukan suka-suka.... PLBS memang wajib dulunaskan untuk BM, begitu juga dengan Kerja Kursus Sejarah..... Kubimbing kalian langkah demi langkah, helaian demi helaian dengan harapan kalian boleh menyiapkannya dalam kadar masa yang ditetapkan dan kalian tidak akan terbeban kelak....
Namun, harapan hanya tinggal harapan.... Aku rupanya bertepuk sebelah tangan, berusaha dan bercita-cita tinggi sedangkan pelajarku hanya punya angan-angan setinggi gunung, tetapi usaha sejinjing cuma......
Rasanya ingin kujerit bahawa semua ini untuk kalian, bukan untukku.... Zamanku sudah berlalu dan aku mahu kalian menjadi yang terbaik dalam semua aspek..... Perlukah kusantuni kalian berulang kali baru kalian mahu mengerti?
Jujurnya aku sangat kecewa dengan sikap kalian hari ini.... Ya Allah, kau kuatkanlah semangatku dalam menabur ilmu dan budi.... aku insan kerdil yang mahu melihat anak bangsaku BERJAYA.....
Buat segelintir anak didikku yang berusaha keras untuk menyempurnakan tugasan kalian, teruskan usaha kalian tanpa ada rasa jemu..... Aku teramat-amat yakin kalian mampu jadi yang TERBAIK.....

Tuesday, October 12, 2010

Mati itu pasti.....

Saban hari kita dikejutkan dengan cerita tentang terhentinya nafas (kematian)...... cuma kaedah kematian sahaja yang berbeza... kemalangan, sakit kronik,mati mengejut dan yang paling menyayat hati, dibunuh.....

Mati itu pasti.... yang hidup pasti akan mati.... bersediakah kita untuk 'mati' esok, lusa, minggu hadapan, tahun hadapan.....? Oh, tidak!..... Aku sangat takut akan istilah mati kerana diri masih terlalu daif dengan amal dan pahala, masih miskin dalam menabur jasa.... Banyakkah dosa yang telah dibaja, banyakkah hati yang telah terluka?..... Oh, Tuhan.... aku terlalu kerdil untuk mengira amal pada Mu..... Dalam usia yang sudah menganjak DEWASA, masih banyak ilmu yang tidak dicanai dengan amal..... Sibuk!.... sampai bila?...

Dan... setiap pagi apabila diri masih bernyawa, kesibukan kembali melanda.... Tuhanku, mati itu pasti.... Sesungguhnya engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.... Matikanlah aku dalam iman, dengan lafaz LAILLAHAILALLAH.......

Friday, May 14, 2010

Sejak kebelakangan ini istilah 'penat' acapkali terukir dibibir..... betul ke 'penat' atau sekadar luahan rasa......... bila penat mampukah kita memberi komitmen 100%.......? Jika tak dapat beri komitmen 100%, berkualitikah tugasan yang dihasilkan? Jika tugasan tak berkualiti, berpuashatikah ketua kita?.... Jika ketua tak puas hati, apa akan jadi dengan kita????????.........
Macam2 persoalan yang bersarang difikiran apabila kita memikirkan tentang apa yang akan orang kata jika kerja kita tidak berkualiti...... tetapi sebenarnya bila difikirkan semula, kita tidak sedar tentang persoalan tugas kita padaNYA.....sempurnakah tugasan kita itu?.......
Amanat orang2 lama, apabila kita sempurnakan tugasan kita padaNYA, DIA berjanji akan mudahkan 'urusan dunia' kita..... Ya ALLAH, berilah kekuatan padaku untuk melakukan perintahMu, dan meninggalkan laranganMu..... berilah aku keyakinan dan peluang untuk melaksanakan segala tugasan dengan sempurna......... Semoga 'semangat yang hilang' akan kembai semula padaku.........

Monday, February 22, 2010

BERSYUKUR, BERSYUKUR, DAN TERUS BERSYUKUR.....

Sijil KOKO tak siap lagi...... keputusan peperiksaan dah nak keluar...... hahaha banyaknya guna sinkof....... Jadual pula nak kena ubah sebab cikgu baru dah datang.... tapi tu bos yang buat semua tu, cuma bila nak buat relief pagi, jadi lambat macam kura-kura sebab asyik tukar jadual..... nyarislah ada my friend yang dah mahir..... Hehehe kertas soalan untuk penilaian kukrikulum 1 masih belum siap semak....... Minggu ni aktiviti Kokurikulum sudah bermula....... Bak kata orang, 'selagi masih muda'............. Bahagianya hidup menjadi seorang guru...... kesibukan menyebabkan kurang memikirkan hal yang remeh-temeh.....
Konklusinya, aku kena bersyukur, bersyukur, dan terus bersyukur ditakdirkan menjadi seorang guru.......

Saturday, January 30, 2010

Yahoo.... sekolah bermula

Dah lama rasanya tidak berkongsi rasa...... mungkin disebabkan kesibukan mula sesi persekolahan 2010 meminta fokus 100%...... Tambahan pula Aisar, anak kedua yang berusia 6 tahun tetapi bersemangat untuk menjadi pelajar tahun 1 ...... Melihat tubuhnya yang kecil meskipun petah berkata-kata, mengundang sedikit kebimbangan "Boleh ke anakku berdikari di sekolah?'...... Tambahan pula anak sulungku yang mudah bimbang, sering mengeluh "macam mana adik ni mama, nanti dia tak dok diam nanti?".....
Hari pertama masih tergambar wajah gembira pulang dari sekolah tambahan pula dijemput oleh abah..... Hari kedua, mula tergambar wajah kepenatan di raut mukanya..... Namun, pujukan demi pujukan, pujian demi pujian diberikan bagi memotivasikan anak kecil ini...... Akhirnya, terluah perasaannya "Adik suka sekolah Al-Furqan".... Lega.....


Januari sudah berlalu dan Februari menginjak ke akhir..... sukan sekolah juga sudah berlalu.... apa yang pasti komitmen 100% cuba diberikan kepada sekolah..... Penat?.... Penat juga la.... Terima kasih atas sokongan semua..... Sesungguhnya Allah swt sahaja yang dapat membalas keikhlasan kalian membantu hambanya yang serba kekurangan...... Lepas sukan, momentum berputik.... Yahoo..... sekolah bermula..... heheheh

Tuesday, December 1, 2009

Doa tulus ikhlas......

Sms yang kuterima malam Hari Raya Aidiladha mengundang sebak di dada..... rakan yang pernah tinggal serumah, memasak, dan makan bersama telah kembali ke pangkuan Ilahi...... Namun, syukurku Ya Allah, kerana Kau telah memberi ruang dan peluang padaku untuk mengenali insan bernama SITI ROHANI BINTI SULAIMAN....

Berita itu menjadikan Hari Raya yang disambut menjadi sedikit hambar........ Terpaku segala kenangan bersamanya diminda ini.... Hati menjadi semakin terusik apabila terkenang bahawa aku pernah berkunjung ke rumahnya di kota baru atas urusan kerja...... dan yang paling indah aku belajar masak nasi kerabu dan solok lada daripadanya.... (walaupun aku x pernah makan sebelum tu). Pertama kali menjamah nasi biru, macam-macam perasaan yang wujud, sedap ke tak?, bleh ke aku makan ni?.... Tetapi bila dah makan, bessssstnye.... nyesal x cuba dari kecik.... dan.... ketika mengandung anak sulung, dia dan Odah la yang selalu menemaniku..... Jasa dan kebaikanmu terlalu banyak untuk kuterjemahkan di sini.....

Doa tulus ikhlasku..... Moga suamimu akan sedar semula dan anak-anak masih dapat merasai kasih seorang bapa...... Ya Allah, cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman yang menghuni syurgaMu....... Amin..... Al-Fatihah........

Sabo je la....

Kadangkala apabila memikirkan soal permohonan pertukaran tidak diluluskan, hati sedikit meruntun kecewa.... Respon mereka yang mengetahui 'sabo je la'..... Namun redha perlu ada walaupun perlu dibayar dengan harga kesabaran yang sangat mahal..... mana tidaknya, bila berjauhan dengan suami, banyak perkara yang perlu ditangani sendirian... keletah dan karenah anak, tuntutan kerja yang kadangkala dirasakan tak pernah surut, tuntutan perhatian keluarga sendiri dan sebelah suami, dan yang paling dirindui, senyuman tersayang setiap kali pulang ke rumah.....

Namun, apabila fikiran mula stabil, pelbagai hikmah muncul di minda.... Allah akan menguji kita mengikut kemampuan setiap hambanya..... Bukan aku tak pernah berjauhan dengan suami, malah diawal perkahwinan juga kami dianggap pasangan jarak jauh..... selalu kupujuk hati ini bahawa ramai lagi pasangan yang terpisah lebih jauh daripada apa yang aku alami....

Hikmahnya, apabila memikirkan pendidikan anak-anak yang lebih teratur di sini, aku mula faham apa yang Allah aturkan.... moga-moga anak-anakku akan menjadi khalifah Islam yang beriman dan beramal dibumi Allah..... Di sudut hati kecil ini juga sebenarnya amat berat untuk meninggalkan sekolah yang mula aku sayangi.... sekolah yang amat istimewa.... dan paling penting aku gembira berkhidmat di sini..... punya pemimpin dan rakan sekerja yang sentiasa membimbing dan memberi dorongan, dan di sini aku punya anak didik yang berpotensi besar.....

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui....... Buat suami tercinta, terima kasih di atas segala pengorbanan yang tak mampu terbayar olehku.....buat anak-anak kecilku, terima kasih kerana menjadi anak-anak yang baik..... buat seluruh keluargaku dan rakan-rakan..... terima kasih atas sejuta pengertian yang tak ternilai.......