Tuesday, December 1, 2009

Sabo je la....

Kadangkala apabila memikirkan soal permohonan pertukaran tidak diluluskan, hati sedikit meruntun kecewa.... Respon mereka yang mengetahui 'sabo je la'..... Namun redha perlu ada walaupun perlu dibayar dengan harga kesabaran yang sangat mahal..... mana tidaknya, bila berjauhan dengan suami, banyak perkara yang perlu ditangani sendirian... keletah dan karenah anak, tuntutan kerja yang kadangkala dirasakan tak pernah surut, tuntutan perhatian keluarga sendiri dan sebelah suami, dan yang paling dirindui, senyuman tersayang setiap kali pulang ke rumah.....

Namun, apabila fikiran mula stabil, pelbagai hikmah muncul di minda.... Allah akan menguji kita mengikut kemampuan setiap hambanya..... Bukan aku tak pernah berjauhan dengan suami, malah diawal perkahwinan juga kami dianggap pasangan jarak jauh..... selalu kupujuk hati ini bahawa ramai lagi pasangan yang terpisah lebih jauh daripada apa yang aku alami....

Hikmahnya, apabila memikirkan pendidikan anak-anak yang lebih teratur di sini, aku mula faham apa yang Allah aturkan.... moga-moga anak-anakku akan menjadi khalifah Islam yang beriman dan beramal dibumi Allah..... Di sudut hati kecil ini juga sebenarnya amat berat untuk meninggalkan sekolah yang mula aku sayangi.... sekolah yang amat istimewa.... dan paling penting aku gembira berkhidmat di sini..... punya pemimpin dan rakan sekerja yang sentiasa membimbing dan memberi dorongan, dan di sini aku punya anak didik yang berpotensi besar.....

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui....... Buat suami tercinta, terima kasih di atas segala pengorbanan yang tak mampu terbayar olehku.....buat anak-anak kecilku, terima kasih kerana menjadi anak-anak yang baik..... buat seluruh keluargaku dan rakan-rakan..... terima kasih atas sejuta pengertian yang tak ternilai.......

No comments:

Post a Comment